aku yang dah tidak berdikari!!

assalamualaikum

sejak ada ada kereta and drive sendiri aku memang seorang yang berdikari
aku tak pernah nak menyusahkan adik beradik, mak ayah atau pakwe
bila dah berkahwin aku tak pernah nak menyusahkan suami
kebetulan pulak suami aku memang jenis tak berapa suka nak melayan karenah aku
aku rasa B memang suka kalau aku  berdikari
kalau aku nak buat apa apa atau nak kemana mana
kalau tak perlukan dia
dia memang tak ada masalah nak lepaskan aku
kalau kitorang nak ke mana mana
dulu lagi dia nak suruh aku ganti drive
so dia boleh rehat and tidur
gitulah suami aku
kalau aku nak kemana mana
tak pernah dia nak larang
tak pernah dia nak kata tak boleh

so aku memang bebas
kalau rasa nak makan mcD selang sehari pun aku boleh pergi tanpa masalah
kalau rasa nak makan Big Apple Donat aku boleh drive jauh sampai ke Tesco
kalau pagi keluar awal aku boleh drive sampai ke KK semata mata nak beli pulut sekaya
lepas tu patah balik ke tempat kerja
aku boleh pergi kemana mana sahaja untuk memenuhi kemahuan aku
biasanya yang berkaitan dengan shopping and makan.hehe
dan aku memang selesa dengan kehidupan macam tu
aku rasa lebih bebas walau masih dalam kawalan suami

tapi sejak dua bulan lepas B dah bertukar kerja kat AG Kelantan
sehala la tempat kerja dengan aku
so B buat keputusan supaya aku pergi kerja sekali dengan dia
memangla best sebab save duit minyak kereta
pastu tak payah susah susah nak drive merempuh jem pagi pagi

tapi yang tak bestnya aku dah tak bebas
pergerakan terbatas sebab takde kenderaan dengan aku sendiri
nak beli lunch kena jalan kaki tengah panas
dah tak boleh singgah rumah mak setiap petang
susah kalau nak balik kerja nak singgah market
kalau ada nak beli apa apa kat tempat yang bukan hala balik rumah
kalau permintaan aku yang B fikir tak logik dia memang takkan ikut macam yang aku nak
so memang rasa sangat perbezaannya
dan aku macam sedikit tak suka dengan rutin yang baru ni

tapi lepas ni bila B beli motor
aku harap dia akan bagi aku drive sendiri
walau cadangannya nak gerak pegi kerja naik motor dengan aku tiap pagi
eei tak kuasala! leceh and susah
nanti kalau kain terselak nampak betis k,e aurat aku ke
takkan nak pakai seluar lain dalam kain kurung
leceh sungguhla...
tak suka tau :( 


Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM