mintak maap ya semua..oktober fool!!!! ;)



assalamualaikum..


hehe seperti yang di duga semua yang baca entri aku semalam
mesti dok ingat aku pregnant anak kembar kan?
hehe jahat tol
padahal tak pun
aku cakap kembar je 
banyak benda yang kembar kat dalam dunia ni
bukan anak je.hehe

actually aku kena mouth ulcer je pung
bila tengok, rupanya kembar
elok je terletak dua bijik dalam mulut aku
patutla kemain sakit lagi
tup tup terus dapat idea nak wat tricky entry gitu.hehe


maklumla kalu dah nama pengantin basi
berita kehamilan la yang ditunggu semua
kepada kawan kawan aku bergurau je okay
lambat lagi nak dapat anak kembar
sorang pun tak terlekat lagi.hehehe
jangan marah tau


macam nilah rupanya ulser dalam mulut aku
kali ni alhamdulillah rezeki dapat dua bijik
elok je kembar duduk sebelah menyebelah
berpakat nak menderitakan aku la tu pasni.huhu
so kena standbye dengan bonjela jelah
kat tempat keje pulak aku standby dengan oral aid


pic from pak google


aku dengan ulser tak boleh dipisahkan
bila hilang dia akan datang balik
stok bonjela memang kena adala sokmo
kat rumah
kat tempat keje
bonjela dahla mahal
sengkek aku jasa dek ulser ni je
hampehs tol

nape aku selalu kena ulcer?
BANYAK DOSA la kot.hehe
kadang kadang mengumpat
kadang kadang memaki
kadang kadang marah suami
muahahaha

takpe takpe
orang cakap sakit tu pembersih dosa
kepada yang tak familiar dengan mouth ulcer ni
aku nak cakap sape yang kena memang hazab
tengokla pulak part mana dia naik
dua minggu lepas dia naik kat tengah tengah bibir depan
antara ulser tersakit yang pernah aku kena
memang sakit tak boleh blah
nak makan nak gosok gigi nak sembang
dok auuuu auuuu sakit jelah jawabnya.huhuhu

so cane nak elakkkan ulser ni?
kenala banyakkan minum air masak
aku memang jarang sangat minum air masak
kadang kadang 3,4 hari sekali pun tak minum..lupa.hehe
elak dari terkena berus gigi masa gosok gigi
kalau aku la, sikit je pun terkasar masa gosok gigi,
tak payah cakap banyak memang konfem dapat ulser ni
jangan tergigit gigi masa makan or sembang
aku selalu tergigit mulut and lidah time makan atau sembang
sebab makan gelojoh n banyak cakap kot.muahaha

 sakit ulser ni dia memang makan masa nak elok
kalu ikut pembacaan akupasal ulcer ni sampai 2 minggu baru dia hilang sakit
sebab dia macam ada tempoh matang gitu
walau kita sapu ubat tiap masa
biasa seminggu lebih baru hilang rasa sakit
sebab dari sekecik taik hidung dia akan menjadi sebesar kuih taik minyak
sakit wooo
sungguh aku tak tipu
tryla sendiri kalau nak tahu.hehehe

selain bonjela orang cakap kalau nak cepat elok letak garam
bila ko letak je garam, sakitnya rasa macam nak tercabut semua gigi
sebab dia main dengan saraf
tapi kalau setakat garam ulser aku dah tak heran dah
lagi teruk adalah
letak garam je berdarah darah
sape housemate aku masa kat uitm dungun tahula.hehe
pendek kata aku dah tak heran dengan ulser mulut ni
panjang kata, selagi aku hidup selagi tulah nak kena macam ni sokmo
wajib sebulan 2,3 kali
aku rasa takde yang aku kenal setakat ni yang kena ulser sekerap aku
tak caya?
tak caya sudah!!!


ok, nak cite tu je
babai..
***dari kembar tercita pasal ulser mulut pulak!! (konpius...)





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM