entri khas untuk makhluk bermulut puaka berhati durjana..

assalamualaikum

entri ni untuk meluahkan apa yang nak aku luahkan tanpa aku perlukan respon dari pihak kedua
aku namakan dia puanXXX

cerita bermula lebih kurang sebulan lepas
set kunci rumah n kunci kaunter aku hilang
n aku pulak ambik masa untuk buat set kunci yang baru
jadi aku terpaksa menyusahkan kawan sekerja yang lain

disebabkan rakan sekerja yang aku selalu mintak tolong tu tak dapat dihubungi
so aku terpaksa mintak bantuan dari puanXXX
lagipun rumah dia tak sampai 5 minit dari tempat kerja
so hari kemuadiannya seperti biasa sehinggala rakan sekerja R bagitahu aku rupanya puan XXX
tu dah sumpah seranah aku sebab bila aku nak pinjam kunci kaunter
suami dia terpaksa datang hantar n menyebabkan diorang bergaduh
bukan setakat dia telah sumpah seranah aku tapi dia berniat jahat untuk songlap duit aku dalam peti besi diam diam
ish ish ish sungguh puaka kepada yang berniat begitu

persoalannya?
kenapa nak gaduh?
buat apa bekerja kalu tak boleh tolong menolong
hal kecik bodoh gitu sampai gaduh laki bini?
kot ya pun marah nape sampai nak pecah amanah n buat aniaya kakt orang lain?
bila melibatkan duit takpela sebab dia jugak yang rugi

jawapannya
kerana kedua dua laki bini ni tidak mempunyai pemikiran yang positif dan matang
senang cerita; bodoh!!

kes ni sampai ke pengetahuan bos en amir
pandangan en amir: kes ni pernah berlaku dlu
suami dia datang mengamuk di kaunter kerana puanXXX bermain kata di FB dengan lelaki lain
bermakna pasangan ini adalah pasangan yang tidak boleh berfikir dengan positif dan matang
menyebabkan timbulnya masalah yang tak sepatutnya timbul
penyelesaiannya; dia dipecat oleh en amir

setelah beberapa bulan semasa aku 'bercuti' kawen aku dapat tahu dia nak masuk kerja balik
kebetulan ada sorang pekerja berenti sebab nak sambung belajar
so kira en amir terima dia balik

sambungan cerita di atas

untuk penyelesaiannya masalh tu en amir cakap kalu tak ganti balik duit yang dia pecah amanah
dia akan report polis
masa tu ingat dah insafla
siap mintak maaf bagai tapi aku tak layan
padahal rupanya dia mengaku  dekat R bukan dia ikhlas pun mintak maaf dekat aku
tapi sebab en amir yang suruh
en amir cakap dekat dia
dia tu comey tapi hatiperut hudoh,kotor depan depan muka dia
muahahahaha padanla muka
comeyla sangat kalah muka lembu peliharaan bapak mertua aku.. :p

bila masa berlalu aku pun dah lupa
n still berbaik macam biasa tetapi rupa rupanya
manusia ni kalau memang dah perangai macam setan mulut macam puaka memangla payah nak berubah
semalam masa berbukak puasa sama tiba tiba dia bagitahu aku yang R n W rakan sekerja yang lain ada mengata belakang aku
lepas dia cerita lebih kurang dia cakap aku diam diam jelah jangan bagitahu yang lain
tapi takkanla aku nak diam
mestila aku nak penjelasan
so bila aku tanya dekat W betol ke tak macam ni macam itu barula terbongkar semua rahsia
patutla beriya taknak aku bagitau yang lain

rupanya selama ni memang banyak yang dia tak puas hati tentang aku
n dok memaki aku belakang aku
memang dasar mulut puaka
bulan puasa pun nak memaki orang memang aku tak akan maafkan kau sampai mati
apa salah aku sampai kena maki?
semua yang aku buat berkaitan dengan kerja bukan berniat nak aniayakan dia..

pertanyaan untuk puanXXX
apa sebab aku nak dengki dekat kau
apa sebab aku nak benci dekat kau
apa lebih kau dari aku?
sekarang aku nak jawab satu satu
kau dengki dekat aku sebab aku lagi elok rupa paras dari kau
kau dengki dekat aku sebab aku ada pelajaran tinggi tak bodoh macam kau
kau dengki dekat aku sebab aku ada kereta sendiri nak ulang alik pergi kerja
kau dengki dekat aku sebab hubby aku lagi hensem dari jantan kau
kau dengki dekat aku sebab laki aku kerja kerajaan tak macam jantan kau
kau dengki dekat aku sebab aku lagi berduit dari kau
kau dengki dekat aku sebab aku boleh habiskan duit untuk diri aku sendiri bukan untuk anak kau

sebab aku nak dengki kau: TIADA!

kalau kau tak dengki tak sakit hati dekat aku nape kau nak reka cerita bukan bukan dekat aku?
kenapa nak maki maki aku?
apa dah aku buat salah yang kau sakit hati nak bermulut puaka macam tu?
apa tindakan n perkataan aku yang buat kau memfitnah aku macam pompuan gila?
apa n kenapa?

sepatutnya aku yang kena benci dekat kau sebab kes dulu tapi ini terbalik la pulak
menurut W beberapa perkara  yang kau tak puas hati dengan aku
kat sini aku nak listkan n aku akan explainkan.
baru puas hati aku

1. pasal bukak tutup kaunter bulan puasa
-jadual asal memangla pukul 6.00 sampai pukul 8malam. tapi ari kamis aritu masa kau bercuri R nak kelauar berbukak kat luar dengan kawan dia, so dia cakap dia nak kuar kol 6.30 masuk 8.30 baru tak tergesa gesa. aku pulak hari jumaat nak balik rumah so elok balik 6.30 masuk 8.30. masalahnya  benda ni bukan tetap tapi terpulang pada diri sendiri, masa dan keadaan
-masalah sekarang ni ko tu yang bengong nak cepat melatah nak maki maki aku tu kenapa? lenx tanya la dulu asal usul cerita jangan nak cepat menyumpah n memaki n menuduh aku ni pandai pandai sendiri. kan ke sekarang dah malu sendiri

2. pasal tiket parking driver
-kau maki aku sebab aku bagitau encik amir kau bayar duit parking tiket dekat driver sedangkan en amir dah pesan dah tak boleh bagi
bila aku tanya napa kau bagi kau cakap kau tak tahu
bila kau tak tahu kau kena tnaya
tapi kau tanknak tanya sebab kau taknak cakap dengan en amir
kau cakap topup hf kau habis
bila aku cakap nape tak guna no ofis kau cakap i talk habis
jadi bila aku bagitahu R dia cadang suh aku bagtahu en amir
bemda ni memangla salah engkau so kenapa engkau nak maki aku
sebab perangai bodoh sombong kau tu kau yang dapat susah tiada kaitan dengan aku

3.pasal kau bagitahu W suruh beringat dengan aku, setiap kali ambik duit kecik kena kira sokmo sebab duit yang aku bagi sokmo tak cukup rm2,3
-ko ingat aku hadap sangat dengan duit banyak tu?
kau ingat aku ni sengkek macam kau?setakat duit banyak tu aku buat beli asam lekat celah gigi aku je. ko pandai nak cover balik apa kau buat tapi ayat kau masa kau cakap tu apa maksud dia? beringat dengan aku? ayat nasihat ke macam tu? seumur hidup aku dari zaman sekolah aku pegang duit jadi bendahari sampai universiti sepuluh sen aku tak makan duit haram. mulut macam puaka. lenx fikir dulu sebelum cakap. dunia ni kecik je..bodoh!

4.pasal pc kaunter rosak
-pun kau nak salahkan aku. kau mengata aku macam macam. sebab aku pandai it tak bengap macam kau, sebab aku ada pendrive sampai 3, 4 kau cakap pc rosak pasal aku? tu memang terbukti kau bodoh. yang kau dok melayari internet tu takde virus ke yang amsuk? kau pandai main fb dengan bukak youtube sahaja ok! aku pakai pendrive pun yang bersih takde virus yang aku cuma guna di pc tempat kerja bukan aku dok cucuk merata rata kat pc ngan laptop lain. aku belajar sampai degree ok? mulut macam puaka. takde keje takde isu nak mengata orang

5. pasal kau nak print tiket tapi tiket habis
-disebabkan malam tu aku masuk kerja sebelum kau, kau maki aku macam macam. aritu aku masuk kerja riben habis ada aku maki kau? bukti ada. tanyalah ameen fahmi. sepatah perkataan hudoh pun keluar dari mulut aku tapi mulut kau memang macam puakaaaaaaa!!! dah benda tu habis gantila lain. susah ke? nama lagi kerja makan gaji? dasar budak otak senteng

kau ni memang mulut puaka. bukti memang dah ada. kalu tak ada bukti pun aku dah agak. tiap hari datang kerja dok menyumpah dekat adik adik ipar kau
kau tu yang tak sedar diri dahla menumpang rumah orang buat perangai macam kau paling hebat kat dunia ni
sedarla diri tu sikit
jangan jadi anjing menyalak bukit
malang sape yang berbini dan bermak kan engkau ni. malang!!!!

sementara masih ada masa ni insafla..insaf!



Comments

  1. muahahhahaa tolong publish entry ni d fb..biaq dia bc noo..

    ReplyDelete
  2. hehe..xnakla. nanti org ingat i jahat plak
    lagipun i dah blocklistkan dia
    memang dia xleh tgk apa dah

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM