santai pagi

dulu..masa tak keje,
selang sehari aku mesti pegi jelawat
kuar dalam pukul 10 pagi
pakai tshirt dengan track bottom
masuk kedai
beli paper kosmo
order nasi air dengan teh o ais limau
baru rm3

okla tu, selang sehari je
sedap..
tak puas makan
tengahari dah tak payah makan
petang pulak baru cari makan

tapi sekarang
bila dah keje
jangankan seminggu sekali
sebulan sekali pun belum tentu
oh nasi air faveret ku..
sungguh aku rindu kamu..






nasi dia kena betul betul lembik, tak berbiji
sup jernih n cukup perasa
tambah ikan bilis jepun goreng
letak daun sup,daun bawang sket
letak kicap masin  sket
letak serbuk lada sket
letak air lada sket
jangan banyak nanti pedas tak habis
yummy..kejap je licin semangkuk. erkk alhamdulillah

kak, nasi air bungkus satu lagi!!! hehe

ps: nampak tak tarikh kat gambar tu..25mac. baru sebulan tak g makan, rasa macam dah bertahun..

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM